|
Berikut adalah masalah yang mungkin anda
hadapi...
- Anda
berminat membina laman web anda sendiri, tetapi tidak
tidak meneruskannya kerana anda
beranggapan kosnya terlalu mahal dan sukar untuk dilakukan.
- Anda
berminat membina laman web anda, tetapi tidak tahu
bagaimana.
- Anda
mempunyai idea untuk mempromosikan perkhidmatan atau syarikat
melalui laman web, tetapi tidak tahu
langkah pertama
yang perlu diambil.
- Anda
berminat memulakan laman web sendiri di Internet tetapi... anda
bukan seorang pakar IT!
- Anda
berminat memulakan laman web di Internet tetapi anda risaukan
cara untuk menyelenggarakannya di Internet supaya pengguna internet
mendapat maklumat yang terkini.
- Anda
ingin memulakan laman web sendiri di Internet tetapi tidak
tahu dimana untuk mendaftarkan laman web anda
- Anda
ingin mempunyai laman web di Internet, tetapi tidak
tahu cara meletakkannya
di Internet.
Apa
Kata Peserta Bengkel Khas Laman web.....?
"Saya
kagum dengan cara pengendalian kelas ini yang lebih menekankan kepada
teori dan praktikal sekaligus. Dimana peserta boleh menggunakan teori
yang dipelajari secara terus dengan dibantu oleh fasilitator"
En
Faidul Rahhim Bin Safian, Guru dari Semanggol, Perak
"Dengan
menghadiri bengkel ini saya mendapat maklumat yang jelas tentang
cara-cara merekacipta dan memuat naik laman web untuk
menyebarkannya dengan mudah tanpa memerlukan kepakaran dalam bidang IT"
Hj.
Suhaimi Bin Abas, Jurutera M&E dari Kuala Lumpur
"Amat
sesuai untuk mereka yang tiada mempunyai asas dalam bidang IT kerana
kelas yang kecil dan dapat bimbingan terus dan khusus dari tenaga
pengajar"
En.
Zaini, Pengusaha Sekolah Agama KAFA dari Bukit Subang, Shah Alam
"Dengan
daya usaha untuk memperkembangkan IT kepada mereka yang memerlukan amat
membanggakan.
Cara pengajaran yang baik dan 'friendly'. Usaha ini baik untuk mereka
yang ingin menjalankan perniagaan melalui internet"
En.
Abdul Zazah Bin L. Umor, Pesara Tentera, dari Kajang, Selangor
"Saya
selama ini tidak tahu yang membina laman web adalah
sangat
mudah untuk dilakukan sendiri dan merupakan satu pengalaman baru bagi
saya"
En.
Jalaluddin Bin Abdul Hamid, Pelukis Plan Arkitek, dari
Puncak Alam , Selangor
"Dengan
menghadiri bengkel ini semua orang boleh membuat laman web sendiri
dengan kos yang paling minimum"
En.
Abdul Malek Bin Ahmad, Guru, dari
Klang, Selangor
"Saya
menyarankan kepada sesiapa yang berminat untuk hadir kerana bengkel ini
berkesan kepada mereka yang berada di tahap 'beginner'"
En.
Jaafar Sabudin, Pembantu Makmal Kanan,
dari
Klang, Selangor
"Dengan
mengikuti bengkel ini dapat membantu menambah pengetahuan dan kemahiran
di dalam promosi dan pemasaran produk atau perkhidmatan menggunakan
laman web"
En.
Eddy Rosyadie, Perancang Pengurusan Hala Tuju Hidup,
dari
Klang, Selangor
|
Siapa yang di galakkan untuk menyertai?
Bagi
mereka yang berminat mempelajari cara membina laman web, sama ada untuk diri sendiri,
syarikat ataupun perkhidmatan anda.
Juga bagi pengedar
dan egen produk jualan langsung
yang ingin
membawa perniagaan mereka di Internet untuk meluaskan lagi pasaran
mereka dalam dan luar negara.
Bengkel khas ini juga di kendalikan untuk mereka yang tidak
mempunyai latar belakang dalam bidang IT.
Cukup hanya sekadar pernah menggunakan
internet dan kami menganggap anda biasa dengan perisian mudah seperti
e-mail dan Microsoft Office.
Pesanan
ikhlas dari pengendali
Bengkel
khas...
Assalammualaikum & Salam
sejahtera,
Selamat
datang ke laman web bengkel
khas ini.
Saya ucapkan ribuan terima kasih dan berasa amat berbesar hati
dengan kesudian anda melayari laman web ini. Syabas saya ucapkan
bagi anda yang mengambil langkah pertama untuk meneroka
dunia Internet. Sama-samalah kita berdoa semoga
mendapat
kebaikan darinya.
Matlamat utama saya menulis pesanan
ini adalah
untuk
memberitahu kepada anda kenapa saya menjalankan bengkel khas
ini dan
bagaimana bengkel khas
ini dapat memberi kebaikan kepada anda.
Saya mula belajar
membina laman web tanpa sebarang asas pengetahuan IT.
Pelbagai cara saya cuba untuk mendalami bidang IT terutama bagaimana
membina laman web tanpa mengetahui bahasa-bahasa komputer secara
mendalam. Sejumlah wang dan masa yang banyak telah dihabiskan.
Bengkel
khas satu hari ini akan menunjukkan kepada anda cara asas
untuk membina laman web - tidak kira untuk kegunaan apa sekali pun -
dan anda juga tidak perlu mempunyai pengetahuan IT atau Multimedia
untuk
melakukannya.
Saya
telah rugi masa dan wang ringgit, dan saya tidak mahu
anda
melalui situasi yang sama. Pada ketika ini, ramai yang berniaga tanpa
mempunyai laman web sendiri. Sebab inilah kita sering dengar ramai yang
merungut "Bisnes
saya tak berjaya",
macam mana nak berjaya sebab promosinya kurang dan laman web adalah
jawapan kepada persoalan tersebut kerana laman web bersifat global.
Di dalam bengkel khas ini,
saya akan membantu anda memulakan laman web semoga ianya dapat
meningkatkan prestasi
perniagaan anda.
Jikalau
anda bercadang untuk membina laman web,
nasihat saya adalah untuk anda memahami asas yang betul dan kukuh
untuk membina laman web anda.
Saya
akan menunjukkan idea-idea
dan teknik yang mudah dan menjimat kos untuk membantu anda. Anda akan dapat menjimat masa,
wang dan tenaga.
Anda akan mempelajari teknik-teknik membina laman
web berdasarkan pengalaman saya dalam bidang ini.
Akhir
pesanan - bina
pengetahuan
asas yang kukuh dan segala-galanya akan mudah untuk dilaksanakan serta
memberi hasil yang positif...
Insyaallah saya berharap kita dapat
berjumpa dalam masa yang terdekat !!!

Tarikh:
|
Bengkel khas ini
akan menjawab persoalan: "Bagaimana
hendak membina
laman web dengan cara
amat mudah dan anda tidak perlu menjadi seorang pakar dalam bidang IT
untuk memulakan laman web anda di Internet"
Anda
akan mengetahui:
- Cara
bagaimana anda dapat memulakan laman web anda di Internet dengan
bermodalkan kurang dari RM400
Anda
akan dapat mempelajari cara bagaimana anda dapat menjimatkan beribu-ribu ringgit dalam
memulakan laman web di Internet.
- Cara
Membina
laman web yang mudah & murah... tanpa mengetahui HTML
Untuk
membina laman web, anda tidak lagi perlu mengetahui bahasa HTML atau
menjadi pakar bidang IT. Bengkel
khas ini akan menunjukkan kepada anda cara membina laman web anda sendiri dengan
cepat dan mudah dengan menggunakan grafik dan imej
profesional.
- Cara
membina laman web yang menarik untuk produk atau
perkhidmatan
anda! ini adalah penting dalam mengubah imej atau perkhidmatan anda
Anda
juga akan mempelajari bagaimana anda dapat
menarik perhatian pelawat anda supaya mereka datang lagi ke laman web
anda.
Bengkel khas
ini dipenuhi dengan maklumat, tips, contoh, teknik
dan perbincangan berkumpulan
serta cuba menjawab segala persoalan anda seharian tidak kira betapa
sukarnya
soalan-soalan tersebut.
Apa
Kata Peserta Bengkel Khas Laman web.....?
"Dapat
belajar cara mudah membina laman web. Amat senang difahami dan kosnya
sangat berpatutan"
En.
Ahmad Rizal Md. Rais, Guru, dari
Cyberjaya , Selangor
"Peluang
belajar tidak terhad pada setiap orang, luangkanlah masa untuk
mempelajari dan hadiri bengkel khas laman web ini untuk mengubah cara
perniagaan dan promosi untuk mencari keuntungan"
En.
Kamarul Azman Bin Salehan, Pengurus Kejuruteraan,
Pengusaha
Tadika Dan Taska dari
Puncak Alam , Selangor
Adakah
saya akan dibimbing
selepas
menghadiri bengkel khas ini,
jika memerlukan bantuan?
Semestinya
anda akan dibantu. Kami tidak bercadang
meninggalkan anda sendirian selepas bengkel khas ini
tanpa bimbingan dan sokongan yang sepatutnya. Jika anda memerlukan
sebarang bantuan, kami akan memberi nasihat
dan bimbingan 6 bulan untuk membantu
anda dalam
memulakan laman web anda.
|